Tuesday, November 15, 2011

lawatan ke Alor Star....abang dan sekolah al-islah...14/11/2011

bermula cerita.....
abang bagitau bila sampai rumah dari tempat 'transit' bersama adik dan kakak.
katanya....sekolah abang erh..erh..nak buat lawatan ke alor star...sambil menunjukkan surat sekolah dengan perasaan yang tak pasti....he..he..(sebab selalu nya mesti akan bertembung dengan program ibu dan ayah, yang pasti program ibu dan ayah adalah muktamad - veto power)...
Ayah mengambil lembaran surat dan terus membaca...sambil tu tanya kat abang..."ni nak pi alor star ni..ni pi lawat apa...kan kita dah banyak kali pi alor star" dengan nada negatif...biasa la ayah akan tanya soalan negatif dulu....sambil tu ibu mencelah....."ala biaq la dia pi dengan kawan-kawan dia" disertakan dengan peringatan jangan jalan sorang-sorang...beli barang pun mesti ada kawan...pi bilik air pong..pastikan ada kawan ..tunggu dan tau...macam-macam bermain difikiran ibu....katanya takut ditinggal bas la..takut diambil orang...dan..dan..dan....abang mencelah "ni untuk pengawas saja!"...lepas tu nampak ayah dah ok dah...so ayah boleh think positive sikit...he..he..
rombongan tu cikgu atur kan..belanja yang diminta untuk perjalanan sebanyak RM35 sahaja..so disebabkan masa dah suntuk..ayah arahkan buat senarai apa yang perlu dibawa..SEGERA!!!!lepas tu abang jumpa ayah dan bagitau senarai barang yang akan di bawa..katanya "beg, buku catitan pensil atau pen"....lepas tu terus kena lecture dengan ayah...mana idak nya...tak dak langsung ingat preparation untuk sembahyang dalam rombongan nanti....dapat la sebakul lecture sekali ngan tazkirah....he..he..ayah garang..
at last senarai yang dipersetujui oleh ibu....

  1. beg
  2. buku
  3. air mineral botol
  4. makanan
  5. duit poket

dah tu ayah prepare untuk abang barang-barang yang akan dibawa...(ibu outstation..)

  1. beg - guna beg sekolah...
  2. buku - apa buku yg ada
  3. air mineral 1.5L
  4. makanan - 3 bungkus roti ikan bilis sambal
  5. duit poket - RM30 je....sambil tu suruh berjimat sekali
  6. sertakan kamera dan bateri spare...
  7. kain pelikat utk solat & kopiah...

sehari sebelum bertolak..semua barang-barang kerperluan dah ready...sambil tu berkali-kali dipesan agar ambik gambaq tu elok-elok...nanti ayah nak masukkan dalam blog...tapi gambar yang diambik tak dak satu pun gambarnya.....bertuah punya abang....yang ada gambar kawan-kawan nye sahaja.....katanya abang akan bertolak jam 8.00pagi dan sampai kat sekolah jam 5.00 petang....

RASANYA NI "MUZIUM PADI KAT GUNUNG KERIANG, ALOR STAR"











 tapis beras...utk asingkan beras  @ padi daripada kulitnya...
 guni beras diangkut dengan basikal
 ni tak salah.....LESUNG KAKI....utk tumbuk padi



 LESUNG TANGAN...utk tumbuk padi...

 yg ni tak pasti????
kampit plastik...beras sekarang.....
YANG TAK KELIHATAN.....kipas angin manual(tangan) utk proses asingkan beras...
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KOMPLEK AL-BUKHARI, ALOR STAR.....
















YANG TAK KELIHATAN......ABANGGGGGG.....mana ni tak dak dalam gambar pun....
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment